Terima kasih kerana mengunjungi laman web NILAM SMKA Tun Perak

Sunday, 24 April 2016

Tagline

IHSAN  DAN  ITQAN  MELESTARIKAN  QURRATUL  A'YUN

IHSAN , ITQAN , IMTIAZ!


Peneraju SMKA Tun Perak 


Penubuhan SMKA Tun Perak

  • Pada 10 Januari 1965 ditubuhkan dengan nama Sekolah Menengah Rendah XIX, Jasin. Pada asalnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Jasin di sebelah petang. Bermula dengan 245 murid yang terdiri daripada 5 aliran untuk Tingkatan 1, 1 aliran untuk Tingkatan 2 dan 1 aliran untuk Tingkatan 3
  • Tahun 1966, berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin di tapak sekarang. Digerakkan oleh 14 orang kakitangan akademik dan beberapa orang kakitangan sokongan.
  • 1 Oktober 1967, SMR XIX telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari (Menteri Pelajaran) dan dengan nama Sekolah Tun Perak, Jasin.
  • Sebuah asrama telah diwujudkan di bawah pentadbiran SM Tun Perak yang dikenali dengan nama Asrama Putera Jasin bagi memberikan kemudahan kepada murid- murid sekolah menengah di sekitar Daerah Jasin Darat iaitu SM Iskandar Shah,SM Datuk Bendahara, SM Jasin dan SM Tun perak sendiri.
  • 1970, STP mula menyediakan kelas peralihan daripada SRJKC dan SRJKT. Pada awalnya, STP hanya menyediakan calon- calon SRP sahaja dan calon- calon yang lulus akan menyambungkan persekolahan ke Tingkatan 4 di SMK Iskandar Shah
  • 1977, kelas Tingkatan 4 sastera dimulakan di STP dengan jumlah pelajar seramai 222 orang dan menduduki SPM pertama pada tahun 1978. Aliran Sains mula ditawarkan pada tahun 1984 dan clon jurusan Sains yang pertama mengambil peperiksaan SPM ialah pada tahun 1985 iaitu seramai 32 orang
  • 1980, sebuah surau telah dibina dan kini telah menjadi Pusat Islam dan Bahasa Arab (PUISBA)
  • 1986, asrama 3 tingkat dengan 200 katil dan sebuah dewan makan siap dibina.
  • 1990, Pengetua SMK Tun Perak iaitu Hj Othman bin Hj Hassan telah bersetuju membuka sebuah Kelas Aliran Agama (KAA) dengan pengambilan pelajar lelaki sahaja. KAA diteruskan drai Tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
  • 1998, SM Tun Perak telah membuka 2 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 dengan bilangan murid seramai 57 orang. Tahun itu juga, tingkatan 4 KAAtelah diwujudkan. Pencapaian PMR pada tahun 2000 telah mencapai 100% dengan 2 pelajarnya mendapat keputusan 9A.
  • 2001, sebuah surau baru dibina bagi menampung bilangan murid yang bertambah hasil sumbangan orang ramai dengan nama Surau Al-Badr.
  • 2002, SMK Tun Perak telah menjadi Kelas Aliran Agama (KAA) sepenuhnya dengan pengambilan semua pelajar Melayu Islam dengan syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 1 adalah UPSR 2A-5A dan pada tahun yang sama juga telah mencapai keputusan 100% lulus dalam peperiksaan PMR san SPM.
  • 2010, SMK Tun Perak telah dijadikan penanda aras oleh 40 orang jurulatih dan pensyarah Afghanistan yang berkursus di Institut Pendidikan Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. SMK Tun Perak telah berjaya mempamerkan budaya cemerlang sekolah dan negeri Melaka sekaligus memperkenalkan sosio-budaya Malaysia di persada antarabangsa.
  • Januari 2012, SMK Tun Perak dijadikan penanda aras SMP IT Nurul Muhajirin, Batam, Indonesia.
  • 8 Mac 2012, SMK Tun Perak telah ditukarkan status kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
  • 8 Mei 2012, Majlis perisytiharan SMKA Tun Perak telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Tn Hj Abdullah bin Md Din.
  • 2013, Sime Darby menyerahkan tanah kepada pihak SMKA Tun Perak.

Objektif & Matlamat NILAM

Matlamat:

Matlamat Program Nilam ialah supaya menanam tabiat membaca dalam kalangan pelajar.


Objektif:

1. Melahirkan generasi yang berilmu.
2. Menjadikan pelajar suka membaca buku.
3. Mengalakkan sekolah supaya terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat suka membaca.

Pencapaian & Pengiktirafan NILAM

Tahap pencapaian NILAM terbahagi kepada dua iaitu :



Tahap Rakan Pembaca 

- Kebolehan murid untuk membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka untuk membaca .
- Pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca setelah membaca sebanyak 100 buah buku .



Tahap JAUHARI

- Setiap buku yang dibaca oleh pelajar akan direkodkan ke dalam buku rekod NILAM dan pelajar akan membuat sinopsis mengikut format yang ditentukan .
- Guru akan mengesahkan rekod membaca pelajar dengan menandatangani dan tarikh sewaktu disemak .


Pengiktirafan Tahap JAUHARI

Jumlah Bacaan Pengiktirafan :

72-143 buah - Gangsa
144-215 buah - Perak
216-287 buah - Emas
288 buah ke atas - NILAM

Aktiviti NILAM SMKA Tun Perak

PROGRAM
TARIKH & WAKTU DIADAKAN
CATATAN
  Ø  Pelancaran NILAM
   -Kuiz mencari kata
   -Pertandingan melukis poster
   -Spell it right (bahasa inggeris)

                 
       Mac - April

Pelajar yang terlibat
  Ø  Program iqra’ ( 10 minit )

Setiap pagi Selasa , Rabu dan Khamis
Semua pelajar
  Ø  Pertandingan sudut bacaan terbaik
Setiap minggu
Antara kelas
  Ø  Pertandingan kelas peminjam buku terbanyak
Setiap bulan
Semua pelajar
  Ø  Pertandingan pencatat terbanyak dalam buku NILAM
Setiap penggal
Semua pelajar
  Ø  Menyampaikan ulasan tentang bahan bacaan yang dibaca
5 minit pada waktu pagi
Seminggu sekali pada perhimpunan rasmi
  Ø  NILAM bersama guru
2 minggu sekali
Semua guru
  Ø  Pemilihan tokoh NILAM
         Ogos

Friday, 22 April 2016

Konsep NILAM

NILAM ( NADI ILMU AMALAN MEMBACA ) berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 untuk memupuk nilai membaca dalam kalangan masyarakat