Terima kasih kerana mengunjungi laman web NILAM SMKA Tun Perak

Friday, 22 April 2016

Apakah itu NILAM ?

NILAM adalah akronim daripada  Nadi Ilmu Amalan Membaca. Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat yang bertamadun. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah , program NILAM telah diadakan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar-pelajar yang kini semakin kurang berminat untuk membaca.